assalamualaikum buat teman-teman sekalian
Bunyi mu bisa membuatku mengalirkan air mata,
Kenapa sering saja kau wahai kapal terbang melewati rusunawa kami?
Kapal terbang,
Tidakkah kau tahu betapa aku ingin menjadi penumpang mu?
Tidakkah kau tahu bahawa hati ku ini merintih-rintih supaya kau dapat membawa ku pergi dari sini?
Kapal terbang,
Hanya kau yang dapat bawa aku pergi dari tempat ini,
Tempat yang penuh dengan onak dan duri
Kapal terbang,
Hanya kau yang dapat bawa aku bertemu Umi Abah ku,
Hanya kau yang dapat bawa aku bertemu adik-adikku,
Kapal terbang,
Aku ingin pulang,
Tolong bawa aku pergi dari sini,
Hilangkan diri aku dari tempat ini
Kapal terbang,
Tidakkah kau tahu bahawa aku sering dimarahi di sini?
Diherdik, ditengking saban hari,
Yang pastinya tidak mungkin berlaku begini di negara ku sendiri
Kapal terbang,
Ayuh bawa aku pergi dari sini,
Pulang ke negara asal ku,
Malaysia.. aku merindui mu!
| Umi Abah |
![]() |
| Aina and Naufal |
![]() |
| Kakak rindu adik-adik kakak. :'( |




No comments:
Post a Comment