JellyPages.com

Wednesday, 23 October 2013

Kapal Terbang!

assalamualaikum buat teman-teman sekalian


Kapal terbang,
Bunyi mu bisa membuatku mengalirkan air mata,
Kenapa sering saja kau wahai kapal terbang melewati rusunawa kami?

Kapal terbang,
Tidakkah kau tahu betapa aku ingin menjadi penumpang mu?
Tidakkah kau tahu bahawa hati ku ini merintih-rintih supaya kau dapat membawa ku pergi dari sini?

Kapal terbang,
Hanya kau yang dapat bawa aku pergi dari tempat ini,
Tempat yang penuh dengan onak dan duri

Kapal terbang,
Hanya kau yang dapat bawa aku bertemu Umi Abah ku,
Hanya kau yang dapat bawa aku bertemu adik-adikku,

Kapal terbang,
Aku ingin pulang,
Tolong bawa aku pergi dari sini,
Hilangkan diri aku dari tempat ini

Kapal terbang,
Tidakkah kau tahu bahawa aku sering dimarahi di sini?
Diherdik, ditengking saban hari,
Yang pastinya tidak mungkin berlaku begini di negara ku sendiri

Kapal terbang,
Ayuh bawa aku pergi dari sini,
Pulang ke negara asal ku,
Malaysia.. aku merindui mu!

Umi Abah
Aina and Naufal
Kakak rindu adik-adik kakak. :'(











Saturday, 21 September 2013

Kehidupan hectic ku bermula!

assalamualaikum semua.

di kesempatan ini saya ingin menyatakan bahawa sudah genap sebulan saya berada di bumi Makassar ini! HAHA. makkk aiii! baru sebulan tauuu! tapiii dah nak mid term bolehh? perasaan? hmm mcm ehh apa yg aku belajar niii. pegi kelas balik kelas tau tauu dah nak mid term. blerghhh! *pengsan*

hyeee! ini lahh fakultas baru saya :)
mana tak nyaaa, first day masuk kelas kan, Isnin kan, sekali dosen cakap Rabu responsi ya. mcm nak gelak ke nangis ke apa masa tu? haha. okayy. dosen = lecturer. responsi = quiz. kat sini kejap kejap responsi. kejap kejap responsi. tak nak pulak satu hari tu boleh ada sampai 2-3 responsi. menanah otak akuuuu oii! haha

first day pegi kelas. excited!
kitorang kat sini bawak bekal pi kelas. pasal konon nak jaga perut. tak nak kena diarrhea and whatsoever. masak memasak la kekonon nya ala-ala master chef gitteww. haha. and nak jimat! konon nya laaa. hehe
bekalan kami
mula-mula start kelas tu kitorang kemain lagi semangat jalan kaki tau. sanggup tu even 15-20mins baru sampai fakultas. haaa kauu. makin kurus ke apa aku nanti haa. hehe. tapiii bila dah lelama tuuu tak larat sangat bila keje dah menimbun, tido tak cukup, maka pete-pete lahh jawapan nya. kitorang naik pete-pete pulak gi kelas. pete-pete tu mcm van. public transport kat sini. PT tu public transport and di situ lah datangnya perkataan PeTe-PeTe. funny isn't it? haha. tapiii sekarang kitorang tak naik pete-pete gi kelas dah. naik teksi pulak. cewahh cam kaya nauu je. padahal lagi jimat kot! haha.

ni laa pete-pete nyaa
aku slalu dok depan fefeeling ade scandal dgn pak pete-pete.
shhh! jangan bg tau gula hati. haha!
kartu pelajar ku. muahaha
and i wanna introduce kat korang my Indonesian friend. tadaaa!!

ini Tifah. tapi dia dah stop kuliah sini. sobs :'(
lpas tu untuk pre pengkaderan pulak kitorang kena buat buku sahabat. buku ni mcm kena kumpul sume biodata budak batch. pffttt. leceh gilaaa. 

sampai begini jadi nya. teman Indonesia serbu rumah kitorang.
haha
tu laa serba sedikit yg aku sempat nak ceritakan. soryy kalu banyak pic selfie aku. haha. yelaa nak cite pasal life aku kan. mesti la ade pic aku jeww. hiks. okayy niteee. nak sambung anatomy. wuuuu T.T









Friday, 30 August 2013

Perjalanan Aku ke Makassar.

assalamualaikum.

cecepat nak update blog sbb tak banyak sgt punnn masa. banyak keje oiii. huhu. ingin mengimbau kembali perjalanan aku ke sini yg penuh onak dan duri. cewahh ayat kemainn. haha. 

Interview

first step kitorg ke UNHAS ni is kitorg dapat email from Uitm mengatakan kita ditawarkan mengenai Program Dana Kecemerlangan Perubatan ni. so memang benda ni under Uitm laa. bukan sponsored yea. biasiswa je. huhu. before dapat email ni kitorg memang apply for this program la. tapi ade je yg tak apply but ditawarkan jugak. this is what i've been planned for. so memang aku apply la kan. nak tunggu email ni pun berjanggut jugak la kannn. bila dapat email yg ditunggu-tunggu ni memang rasa nak lompat la kan.berapa banyak kannnn daaa. heee :D


aku kayaaaa!
BTN

after dah hadiri interview with both pihak Uitm and UNHAS, kitorg received email utk ke BTN plak for 5 days. perasaan tu memang arghhhh! mesti bosan! dah pegi tu kitorang macam ohh macam ni BTN ye. memang bosan lahh! haha. kitorang kena pegi BTN ni dekat Ulu Sepri di Rembau. masa tu aku just ingat Rembau Most Wanted Yawwww jeee! haha.


ni la kitorang. :)
ulu sepri!
"great moments" haha
Result

then, dapat result yg kitorang ditawarkan utk ke program ni. memang happy sangattt! tak sangka cita-cita dari kecil bakal menjadi kenyataan. ni semua berkat doa Abah dan Umi aku. syukur sangattt! alhamdulillah. *azam nak belajar sungguh-sungguh

Visa

one day ni kitorang semua berkumpul pegi buat visa sesama. berbas-bas uolls kitorang pegi. haha. pening jugak sbb procedure ni complicated sikit. makan masa satu hari jugak la kat situ. penuh dgn manusia plak tuuu. wuuuuu. memang pening lahh aku kan. dgn time puasa plak tu. huuuu


selfie kejap. sumpah bosan nunggu!
Perjumpaan

pihak Uitm ada buat satu perjumpaan dgn parents skali utk terangkan keadaan kat sini macam mana through seniors. masa ni baru dapat surat tawaran dan buku perjanjian sekali. punya laaa berjanggut tunggu surat tawaran ni kat rumah. rupa nyaa dapat time niii. cehhh. haha


surat yg ditunggu-tunggu. alhamdulillah
Terbang

so now step terakhir which is FLYYYYY!!! weee. tak sangka tiba jugak hari nyaaa. segala macam perasaan ada masa ni. nangis? memang tak yah cakap la. confirm lahh nangis! haha. tapi tak sangat. whyy? sbb before tu dah nangis dalam bilik air puas-puas. haha. terima kasih semua yg sudi datang utk hantar aku. :)


Umi and Abah. pendorong ku. :)
Opah. pasti nya tak ketinggalan utk menghantar cucu dia ni :)
gonna miss this family :(
best friend. sayanggg ninaaa! 

semoga dipermudahkan urusan aku di tempat orang ni. aminnn



Wednesday, 19 June 2013

All In Mayyyy! :D


Assalamualaikum dear readers.

Saje je nak update blog sikit. Supaya tak le suram sangat blog ni. Heee. Plus mengisi masa lapang ni haa. Lapang la sangattt. Erghhh! Aku rase mcm ramai je yg tau aku ni busy manjang. Hoho

Back to the topic. All in Mayyy! Whyyy? Because too much events happened in this month.

4 May 2013

Umur menaik 1 tahun. Aigooo. Aku dah 22 laaa! Number ni tak boleh tukar dah. Yeahh. I'm getting older each day. And thanks a lot for all the wishes i've received. I really appreciate it. Cuma tak paham dengan orang yg wish 'hb' je. Aku mcm ehhh malasnya kau ni nak type 'happy birthday'. Hoho. So aku dgn rajin diri nya reply 'tq' je. Fair and square kan? Hee. *mohon maaf andai ade yg terguris hati. Hee

Dan pabila malam menjelma, Umi Abah pun bawak pegi makan2 la. Dengan Wan and Opah la. Ke mana lagi? Pizzaa Huttt! *nyanyi sikit. Ngeee. Tak lupa juga ice cream cake yg sangattt sedap from Master Bread. Aku recommend beli ice cream cake situ okehh. Price pun not bad.


so ini lah ice cream cake diaaa. nyummyy!
hyee! i'm feeling 22. :p
all-time-favourite. pizzaaaa! :D
sayang-sayang kuuu! <3
mereka lah yg mewarnai hidup ku. :)
6 May 2013

Jubah Jubahh! mai maii amek jubahh! heee. yeaaa. kitorg amek jubah masa ni. kekonon nya dpt la bermini reunion. kekonon nye laaa. tapiii hehhh ke laut sume nye. ade la bape ketul je yg dpt jumpa. hakhak.

happy sangat! walaupun belum officially lagi time ni. we just can't wait for our special day. yeahh. we've been waiting for this. yeahhh!! :D


hyeee. saya berjubah. nampak tak? hiks
mereka camwhore guna fon saya tanpa disedari. haha
the three of us! jeng jeng jeng!! :D
12 May 2013

hari yg ditunggu-tunggu telah tiba. rasa nya seawal 4.30 pagi dah bangun sbb nak siap-siap for the whole family kan. bukan senang tuuu. wuhuuu! opah aku pun ikut sekali nak tengok cucu dia ni grad tau. haa. aku sangat laaa tak galakkan pasal kena panjat tangga semua kan, takut dia letih. tapiii dia still gagah kan diri tau takkk? *nak nangis air mata darah rasa

and bila sampai je sana, opah mcm whattt? banyak nyaa tanggaaa! haha. aku dah cakap dah. tapi memang opah gagah kan diri diaaa. sedih sangattt tauu! :'( dia kata kalau tak pegi sekarang, bila lagi? cucu yg lain belum tentu lagi sempat. sobsss *aku cucu first dia

alhamdulillah. merasa pakai selempang pink ni. syukur sangatt!
so ini lahh opah aku yg sanggup panjat tangga. :')
mereka yg sanggup bangun pada pukul 4.30 pagi. :)
seriouslyyy masa ni pack gilaaa dgn manusia ntah dari ceruk mana ntah sume nyaa muncul. fuhh. dengan panas terik nya lagii. memang lemah longlai laa bila balik. dapat jumpa kengkawan pun tak semua. ahh sedih bila tak dapat gather semua. pffttt! 

hello! kami warga B1 dah grad! :)
 the best moment is on that day kitorg dpt snap pic beramai-ramai dgn Pro Canselor for student ANC lepas dah naik stage tu. memang waktu tu perasaan dia tak dapat describe sangat tau. haa.


jeng jeng jeng tadiii. haa ni laa kami bertiga, satu kelas, satu kapal di kala kesusahan.
alhamdulillah syukurrr!
wani, aku, yana
kebetulan, masa ni Mother's Day pulak tuu. ahah. memang ni je la present yg aku mampu bagi kat Umi. hakhak. tipu jeee. ade surprise lain utk Umi. heee.

ini lah Umi saya. thank you Umi sbb lahir kan saya. ecewahh
pulak tu, dah tengah sesibuk bergambor tu, tetiba la pulak ade mamarazzi nak interview pulak dah pasal Mother's Day nii. baik punya sembang, baik punyaa snap pic, klik klik klik, akhir skali gambar sebijik pun tak kuar newspaper. cerita dia ade la dalam 2 baris. sumpahh kelakarrr! haha

haaa ni la diaa hasil nyaaa. wakaka. 
sian Abah penat tunggu mentara aku dgn Umi kena interview.
cehh padahal Abah siap pegi reflexology kaki kottt! haha
akhirnya ini lah wajah kami yg kepenatan.
so ini sinopsis dia. hiks <3
27 May 2013

so tarikh ni ialah tarikh dimana terlahir nya insan yg amattt ku sayang. tanpa dia, tiada aku di dunia ini. Umi. Umi dah meningkat umur nya satu tahun. ke berapaaa? tettt! tak boleh bg tau. heee. masa ni jugak laa Umi nak pegi ke Surabaya. so kitorg celebrate kat Mcd kat airport je la. haha
saaayaaanggg Umiiii! <3
sekian sahaja celoteh dari saya. haaa. ni laa akibat nya bila malas nak update. sebulan punya cerita dalam satu entri. haha. byeee~





Sunday, 28 April 2013

I Will Stay Strong

Assalamualaikum..


3 years 8 months 10 days,
Aku bersamanya,
3 years 8 months 10 days,
Aku menjalani liku-liku hidup bersamanya,
3 years 8 months 10 days,
Susah senang aku bersamanya,
3 years 8 months 10 days,
Pahit manis hidup aku bersamanya,
3 years 8 months 10 days,
Sihat dan sakit aku bersamanya,
Kini tiada lagi..

Mungkin aku tak kan tengok Myvi kuning lagi,
Sebab aku akan teringatkannya,
Mungkin aku tak kan masak sotong kuning lagi,
Sebab aku akan teringatkannya,
Mungkin aku tak kan makan telur setengah masak lagi,
Sebab aku akan teringatkannya,
Mungkin aku akan hapus kan tarikh 4 haribulan pada setiap bulan,
Sebab aku akan teringatkannya.

Tapi 4hb Mei aku tak kan hapuskan laa.
*pasal birthday aku kan. Haha.

But,

I will stay strong,
Kerana orang sekelilingku,
I will stay strong,
Kerana umi dan abah ku,
I will stay strong,
Kerana rakan-rakanku,
I will stay strong,
Kerana aku tahu ujian dariNya pasti mengikut kemampuanku.

*terima kasih kawan dgn kata-kata semangat ini.
Friends until Jannah yeaa? :')
Jadi, kawan-kawan semua,