JellyPages.com

Friday, 2 December 2016

Diary KKN chuuu

assalamualaikum semuaa. 

tiba-tiba ada rasa rindu zaman KKN pula. rindu sikit je laa. sikiiiitttt jeee. hehe.

KKN tu stands for Kuliah Kerja Nyata dimana kitorg dicampakkan ke satu perkampungan dan buat khidmat bakti. ala-ala community service gitu. haa. so selama 2 bulan aku tercampak kat atas gunung di Desa Pujananting, Kabupaten Barru. 10 orang semuanya, 8 Indonesian, 2 Malaysian. nasib baik la jugak tercampak 2 ketul Malaysian kat Pujananting ni ha. kalau tak, mau kebas mulut aku tak dapat cakap bahasa Melayu. haa. kami dari pelbagai fakultas. ada kedokteran, fisioterapi, nursing, farmasi, pergigian and kesehatan masyarakat.


ini lah posko aku selama 2 bulan. menangis jugak la depan pintu tu masa baru sampai. hehe
ni la tempat kami utk tidur, rapat (meeting), makan. 
ni port 2 jejaka tidur
ni pulak dapur kami. yeeehaaaa!!
and ini lah tempat kami kencing malam2. haha. siang2 tempat basuh baju je ni.
toilet kat rumah orang lain. so tak de gambar. hehe
seminggu sekali jee dapat makan mewah cenggini sbb pasar seminggu sekali je.
hari lain makan telur and indomee sajo
bermacam-macam proker (Program Kerja) kitorg buat utk orang kampung kat sini selama 2 bulan. nak amek hati orang kampung katanya. *mata ke atas* 


ni proker aku. MTQ. ostajahh katanyaa. haha
penyuluhan kader kesehatan
pemeriksaan tekanan darah
dgn anak2 SD utk proker cuci tangan dan gosok gigi
kepenatan mendaki utk sebar undangan
 belajar bukak kacang pakai pengepit
posko aku mmg susah dapat jaringan. nak call susah, line internet apa la lagi. so bila ada masa terluang, jalan-jalan posko orang lain le. hehe. dapat tengok pemandangan kat tempat orang pulak kan. tapi jaga-jaga. satgas (Satuan Petugas) datang check korang ada kat posko ke takk. ni la yg slalu buat cuak-cuak nak lari dari posko especially if lari balik Makassar. haha


bila dapat line internet mcm ni la jadi nye. ni bukan aku ye. haha
kami 10 orang
siapa kata aku tak de gambor hipster cenggini. duduk kampung pun hipster jugak okehh. haha
mandi-manda kat sungai kampung kami

geng balala kuu

nasib le ada seketul lg Malaysian. boleh la jugak nak gosip2. btw ni la muka Pojan tak mandi. haha
traditional Bugis wedding
bila dapat chance lari dari posko. haha
air terjun dekat Tompo
Celebes Canyon
ni pun dekat Celebes Canyon
Pulau Dutungan
Monumen Habibi dan Ainun

last moment dgn tuan rumah before kami chowww. yabedabeduuuu!
tu la serba sedikit kisah suka duka aku masa KKN. sesungguhnya, 2 bulan terrrr amat lahhh cukup bagi aku utk KKN ni. experience dah baaaaanyaaaakkk sgttt. terima kasih laaa banyak2. haha. nak ulang KKN lagi? hell NOOO! haha :D

Friday, 29 May 2015

THE 13RAINY

assalamualaikum and good morning Malaysia-Indonesiaaaa! hehe. tetiba hari ni terasa terpanggil utk meng-hapdate blog yg dah berkurun-kuruuuuun lamanya tak di-hapdate.

so today aku nak cerita pasal batchmates aku dekat sini yg diberi nama.. jeng jengggg.. THE 13RAINY!! 

THE 13RAINY
Atau juga dikenali sbg "angkatan 2013"
total kami semua ada 62 orang. perempuan 42 orang, lelaki 20 orang. macam-macam perangai kami semua. ada yg kuat makan, kuat cakap, kuat belajar, kuat menolong dan macam-macam kuat lagi kami adaa. boleh pilih nak yg mana. ehhh. hehe

kami start rapat sejak zaman pengkaderan lagi dimana aku juga klassifikasikan ia sebagai zaman kegelapan. huhu. sadis sungguh masa zaman ni. but, we survived! congratulations THE 13RAINY!!

sebahagian daripada kami
during our Annual Grand Dinner by PKPMI
kami ada jugak buat aktiviti bersama-sama. aktiviti yg akan menjadi kenangan utk kami semua. but as usual, ada jugak yg tak dapat join aktiviti ni sama-sama. sobs. yg best sekali kan hari tu after habis exam Uro, kami decide pi Tanjung Bira. memang ni one of the best place and view katanya kat Makassar ni haa. so memang teringin sangat nak pi since sem 1 lagi. akhirnya tercapai la hajat aku. wuwuwu

mereka yg terlibat 
antara aktiviti kami kat sana
alololo manja nyewww turtle nii
view dekat sana and i don't know sape 3 ketul makhluk kat situ. haha
amacam cantik takk?
macam biasa laa of course ada makanan for THE 13RAINY. hehe
AJK makanan. ehh. ke tukang makan ni? hehe
haihh rinduuu nyaa nak pegi tempat ni lagii. moga satu hari nanti dapat pegi lagi with all the batchmates.

begitu laa serba sedikit cerita tentang keluarga aku di sini. semoga hati kami tetap bersatu no matter what happen. bertekak, masam muka, kau tak nak kawan aku, aku tak nak kawan kau, tu biasa laa dalam mana-mana friendship pun ada. kita ni nak duduk 5 tahun kat sini sama-sama. pejam mata je lahhh mana-mana yg tak berkenan kat kawan kita tu. okayy? i love you guys so much. tak mau gaduh-gaduh ke apa ke okay? smileee! 



Monday, 3 February 2014

Goodbye Semester 1! :D

assalamualaikum semuaaaa! :D

lama sangatttt tak berceloteh haa. ni haa meh sini haa jahhh nak cite sikit ni. heee. 

dengan bangganya aku mengisytiharkan diri aku ni haa dah tamat semester 1 yg penuh dgn onak dan duri. hoyeahhhh! lega sangattt. apa yg lega sangat tu kan? becauseee becauseeee aku dah habis pengkaderannn! yesss pengkaderan! pengkaderan tu benda alah mcm ragging dengan senior apa smua. hahh. 6 bulan jugak la pengkaderan ni berlaku. nak meletup layan kerenah depa ni. pffttt! nasib aku kat tempat orang je haa. kalau tak memang aku dah pandang kecik besor kecik besor je depa niii. heh


goodbye pengkaderan! :)

muka busuk tak nak pegi pengkaderan
dah habis pengkaderan, exam pun habis, result pun dah dapat. alhamdulillah lepas semuanya. syukur sangat dah haa. kena usaha lagi utk maju kan diri ini. yeahh!

then, apa lagiii. holidayyyy! yeayyy! harapan nak balik Malaysia memang hancur lebur teruihhh. pasai visa tak siap lagi. memang pak pak indon ni sayang sangat kat kitorang ni haaa. tak nak bagi kitorang balik. nak jalan luar Makassar pun tak dapat. so jalan dalam Makassar je leeee. haihh sadis nyaa laaa hidup ku ini. :(

jalan pun tak jalan sangat la. duit terhad oiii. huhu. ada hari tu kitorang bebudak perempuan pegi Trans Studio. tempat ni mcm kat Times Square laa. ada permainan semua tu. eiii aku dah laa penakutttt benda alah semua tu. kena paksa! hishh. aku pun naik apa yg tak membahayakan kesihatan je la. hehe


inilah kami. gegurlssss!
jalan tengah jalan sbb dah nak tutup. heee
kami geng hindustan. weeee~
depan rumah hantu. wuuuu
seronok laa pegi tempat ni. bape hengget je pun. and memang berbaloi la bagi aku. mcm2 permainan ade. kalu datang sini, aku bawak pegi tempat ni ye. heee

lepas tu, boring punya pasal, hati teringin le nak menikmati keindahan ciptaan tuhan. lantas kitorang pun bergerak le pegi pantai. nak nengok sunset katanyaa. sekali pak teksi buat hal pulak dah. melilau bawak kitorang. saje je cari pasal. memang muka aku ni muka nak cari gaduh je dgn orang kat sini. haha. baru laa taiko kan. hehe

Pantai Akkarena namanya. dekat je dgn Trans Studio tadi. nak dijadikan cerita, kitorang puasa time tu. so bukak puasa pun di tepi pantai gittewww. heee


sunset! :D
basahkan tekak dgn coconut milk vanilla

bukak puasa
yeeehaaaa!

kami perempuan garang. sape berani dekat, mai sini.
hee
tu je la kot tempat menarik aku pegi cuti ni. lainnya kalau keluar pun pegi mall cuci mata. sama je mall sini dgn Malaysia. apa2 pun, Malaysia is the bestttt! 

projek cuti ni apa je pun, movie, tido, bangun, makan, masak memasak. hehe


nasi lemak sambal udang petai. muahaha

ni memang tak de keje sungguh ni haa

chewy cheese la konon. haha
tu je laa cite time cuti ni haa. sedih sangat tak dapat balik Malaysia. wahai pak indon, lekaihhh laaa siap kan visa kami tuu. huwaaa! :'(

p/s: rindu orang Malaysia <3